Riches Master Resources (JM0631452-X)

5 Tip Singkir Emosi Negatif

Bagaimana tahap kesihatan emosi anda hari ini?

 

Semua orang pasti pernah stres. Tak kira kerana tekanan kerja atau mungkin merasa terbeban dengan ujian atau masalah hidup.

 

Jika pernah, itu normal. Saya pun melaluinya. Kita semua melaluinya.

 

 

Berikut ini 5 #TipBawahSedar dalam membantu Menyingkirkan Emosi Negatif

 

 

Tip ini juga boleh membantu kita menanamkan 'programming' atau nilai baru yang mahu dipasak ke bawah sedar diri kita, agar membentuk pribadi yang lebih baik, bertenaga dan positif dari sebelumnya.

 

1 - Atur Nafas

 

Bernafaslah dengan santai kemudian mengumpulkan semua emosi negatif dan keluarkannya melalui tiupan nafas keluar dari mulut.

 

Tiupkan dengan santai dan bayangkan ia menjauh dan menghilang. Buat dengan penghayatan.

 

 

2 - Selarikan Jiwa, Minda dan Perbuatan dengan hal positif

 

Perbanyak istighfar, berwudhuk, berdoa dan perbanyak mengucapkan kalimat yang baik seperti membaca ayat suci Al-Quran yang biasa dibaca setiap hari atau berzikir.

 

Paling mudah, cakap yang baik-baik.

Kemudian buat sesuatu yang mendatangkan manfaat. Buat yang baik-baik.

 

 

3 - Beri Masa Dengan Alam

 

Bawa diri ke tempat yang damai dan ada banyak elemen semulajadi seperti pohon kehijauan. Hirup udara segar dan bercakap kepada diri,

 

"Aku semakin sihat emosi dan jiwa, sihat tubuh badan, sihat organ tubuh. Ya lebih sihat dari yang sebelumnya. Aku aman dan lebih terkendali."

 

Jika kita sedar yang kita kurang hirup udara segar dari kehijauan alam ini, sila rajinkan diri menikmatinya.

 

 

4 - Senyum dan Wujudkan Lebih Banyak Hal Positif atau Emosi Membahagiakan Hari Demi Hari

 

Cari kawan dan situasi yang betul sesuai dengan apa kita inginkan. Semakin banyak emosi bahagia diwujudkan. Semakin mudah untuk emosi negatif yang merugikan diri kita pudar.

 

 

5 - Memaafkan dan Melepaskan

 

Belajar memaafkan orang lain dan diri sendiri. Lepaskan rantaian diri terhadap situasi yang merugikan diri. Redha dan ikhlaskan. Nampak sukar, jika kita anggap beri maaf itu hanya menguntungkan orang lain.

 

Memaafkan itu bukan untuk sesiapa, tapi untuk diri kita sendiri yang layak untuk menikmati ketenangan.

 

 

* Setiap kali melakukan tip ini. Uji kadar emosinya dengan mencuba ingat semula hal yang buat diri sangat tertekan, jika semasa kita ingat perkara itu, tapi kadar emosinya semakin susut, itu tandanya sudah berjaya mengikisnya.

 

Teruskan kikis sehingga emosinya sifar dan ringan!

 

Insya-Allah.

 

===

 

Belajar Hipnosis & Hipnoterapi bersama #HypnoticWorks. Share link channel ini kepada rakan lainnya t.me/hwchannel

 

 

 
 
09 September 2018
27 April 2019
Semua orang yang merokok pasti pernah terlintas difikirannya untuk berhenti
30 January 2019
"Mana mungkin zaman moden ini ilmu begini masih wujud!" Ya,
29 January 2019
Video kali ini kami kongsikan kepada anda tentang 5 manfaat
27 April 2019
Semua orang yang merokok pasti pernah terlintas difikirannya untuk berhenti merokok. Namun hasrat itu selalu berjaya dipatahkan dengan pujuk rayu pengaruh sekitar, terutamanya rakan atau mereka yang merokok. Terbantut akhirnya
30 January 2019
"Mana mungkin zaman moden ini ilmu begini masih wujud!" Ya, mungkin anda berpendapat seperti ini. Perkongsian kali ini adalah tentang bagaimana mematahkan pengaruhnya. Mungkin anda merasa tidak mungkin mengalaminya, tapi
29 January 2019
Video kali ini kami kongsikan kepada anda tentang 5 manfaat besar Hipnosis. Tonton dan kongsikan kepada rakan lainnya jika bermanfaat. Pastikan Subscribe dan Follow Channel Youtube kami disini HW Studios

Kelas Online Hipnosis Kejayaan

27 April 2019
Semua orang yang merokok pasti pernah terlintas difikirannya untuk berhenti merokok. Namun hasrat itu selalu berjaya dipatahkan dengan pujuk rayu pengaruh sekitar, terutamanya rakan atau mereka yang merokok. Terbantut akhirnya
30 January 2019
"Mana mungkin zaman moden ini ilmu begini masih wujud!" Ya, mungkin anda berpendapat seperti ini. Perkongsian kali ini adalah tentang bagaimana mematahkan pengaruhnya. Mungkin anda merasa tidak mungkin mengalaminya, tapi
29 January 2019
Video kali ini kami kongsikan kepada anda tentang 5 manfaat besar Hipnosis. Tonton dan kongsikan kepada rakan lainnya jika bermanfaat. Pastikan Subscribe dan Follow Channel Youtube kami disini HW Studios

Dapatkan 30 hari Tips & Info HipnoNiaga PERCUMA

 

Jadual Program Terkini

 

Hypnosis Certification Programme

15 & 16 September - Bangi

 

Spectacular Magnetism

27 Oktober 2018 - Johor

 

Seminar Hipnosis Kejayaan

17 November 2018 - Johor