Dapatkan 30 hari Tips & Info HipnoNiaga PERCUMA

 

Jadual Program Terkini

 

Hypnosis Certification Programme

15 & 16 September - Bangi

 

Spectacular Magnetism

27 Oktober 2018 - Johor

 

Seminar Hipnosis Kejayaan

17 November 2018 - Johor

 

Riches Master Resources (JM0631452-X)

Hati-Hati Dengan Ilmu Pukau – 5 Cara Patahkan Pengaruh Pukau Yang Ramai Belum Ketahui

"Mana mungkin zaman moden ini ilmu begini masih wujud!"

 

Ya, mungkin anda berpendapat seperti ini. Perkongsian kali ini adalah tentang bagaimana mematahkan pengaruhnya. Mungkin anda merasa tidak mungkin mengalaminya, tapi bagaimana dengan insan tersayang anda? Adakah mereka cukup kuat dan kebal dari pengaruh jahat ini?

 

Pukau seperti yang masyarakat ketahui adalah sejenis keilmuan yang menggunakan kekuatan atau bantuan Jin. Namun, tidak ramai yang tahu, pukau juga menggunakan alat bantu seperti sejenis bahan yang dapat hasilkan asap tertentu hingga membuat seseorang itu khayal.

 

Ada banyak kes mangsa pukau diberitakan. Tapi perkara ini tidak dapat dibuktikan dengan jelas apakah benar wujudnya pukau memukau tersebut.

 

Dari penelitian peribadi saya, 1% saja benar ulahnya pukau. Selebihnya hanyalah pengaruh penipuan. Ada pula mangsa yang mengaku dipukau pada hakikatnya dia hanya mahu menutup malu kerana cuai dan ditipu. Alasan bagi menutup perkara itu adalah dengan menyatakan dirinya telah dipukau!

 

Dalam buku Hypnosis – Seni Ditakuti Dunia, saya ada menuliskan tentang pembuktian pukau dan hipnosis. Ternyata pukau yang sering diangkat sebagai ilmu sakti atau luar biasa itu tidak sehebat mana pun dan hakikatnya hanya dapat berlaku kepada mereka yang leka, cuai dan lalai. Apabila diuji secara langsung terhadap beberapa orang subjek, pukau tidak pun dapat berlaku. Berbanding hipnosis.

 

Hipnosis lebih dahsyat dari ilmu pukau. Kenapa? Kerana ia berlaku dan dilalui oleh semua orang dan ia tidak sama dengan pukau seperti yang ramai orang sangka.

 

Sebaik-baik kejadian atau mahkluk itu adalah manusia. Kenapa diangkat-angkat dan diagungkan kehebatan Jin dalam pukau? Dengan hipnosis, kita dapat mematahkan bukan saja cubaan pukau malah cubaan pengaruh merugikan yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggugjawab.

 

Pukau disini bukan saja dimaksudkan sebagai pengaruh ilmu hitam semata tapi pengaruh penipuan, pengaruh yang merugikan atau negatif iaitu yang tidak beri manfaat kepada kehidupan kita seperti membawang, fitnah, kepercayaan yang salah terhadap sesuatu, buruk sangka, kata-kata yang membuat diri berhenti berusaha, down, tidak yakin diri untuk berjaya, dorongan kepada kelakuan jahat dll.

 

Tukang pukaunya pula adalah persekitaran kita. Terpulang sama ada anda banyak habiskan masa dengan manusia secara offline atau secara online. Gejala pukau ini berlaku mengikut apa dan dengan siapa anda banyak habiskan masa.

 

 

5 Cara Mematahkan Pengaruh ‘Pukau’

 

1 – Berdoa. Doa adalah senjata paling hebat. Ia bukan saja sebab kita meminta kepada yang Maha Kuasa. Tapi beri kesan juga terhadap sistem operasi otak kita. Jangan pandang remeh dengan doa. Berdoalah memohon pertolongan perlindungan daripada kejahatan bangsa jin dan manusia.

 

2 – Alihkan fokus. Usah fokus melihat anak mata lawan bicara kita. Terutama ketika berurusan dengan orang baru. Pastikan cukup melihat diantara kedua keningnya saja.

 

3- Melakukan posisi bahasa tubuh bersilang. Seperti silang kaki, jari tangan atau memeluk tubuh. Posisi ini dapat menyulitkan proses penerimaan saranan atau informasi yang disampaikan oleh pihak lawan bicara.

 

4- Berfikir kritis atau skeptical. Perbanyak soalan, fikir dan fikir. Aktiviti ini dapat tingkatkan keupayaan otak kiri dan memperkuatkan penapis informasi sehinggakan wilayah bawah sedar kita tidak dapat menerima informasi yang didengari dengan baik. Cenderung tertolak. Ini penting supaya kuasa tindakan seperti yang dihajatkan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu tidak terhasil.

 

5 – Melakukan Hypnotic Seal. Teknik self programming gaya hipnosis ini sangat ampuh sehinggakan anda seakan memasangkan sebuah suis yang apabila perkara negatif yang anda ingin hindari sedang berlaku, suis akan aktif. Anda secara automatic menjadi sangat sedar dan dapat bertindak menolak segala kemungkinan perkara merugikan itu.

 

Misalnya, ada cubaan memukau menggunakan cara menepuk anda. Ketika anda ditepuk, sistem diri anda akan bertindak menolak aktiviti cubaan itu sesuai dengan apa yang anda programkan. Inilah kesedaran bawah sedar, ia lebih sedar dari kesedaran biasa.

 

Hipnosis adalah aplikasi efektif dalam memanfaatkan keupayaan bawah sedar dan teknik Hypnotic Seal dapat dipelajari dalam pelajaran Hipnosis Kejayaan. InsyaAllah, moga bermanfaat!

 

Nantikan perkongsian terkini lainnya berkaitan dunia bawah sedar dan hipnosis kejayaan disini. Sila kongsikan informasi ini kepada rakan lainnya supaya mereka tidak mudah menjadi mangsa pukau dan penipuan.

 

 

 

 
 
30 January 2019

Kelas Online Hipnosis Kejayaan