Dapatkan 30 hari Tips & Info HipnoNiaga PERCUMA

 

Jadual Program Terkini

 

Hypnosis Certification Programme

15 & 16 September - Bangi

 

Spectacular Magnetism

27 Oktober 2018 - Johor

 

Seminar Hipnosis Kejayaan

17 November 2018 - Johor

 

Riches Master Resources (JM0631452-X)

6 RENCAH MEMPENGARUHI Diri Sendiri

Puas mencari cara bagaimana membantu diri untuk lebih yakin dalam mempengaruhi orang lain atau dalam kata lain, apa kita sampaikan biarlah mudah diterima baik oleh orang lain.

 

Stress bila komunikasi kurang berkesan. Pening fikirkan solusinya. Kadang tertanya-tanya.. "Kenapa ada orang yang mudah je pengaruh orang lain? Apa rahsianya?"

 

Jika Anda antara yang berfikir seperti ini, Anda sama dengan saya satu ketika dahulu. Baca sampai habis untuk hadam RENCAH rahsia yang ingin saya kongsikan dalam penulisan kali ini.

 

Sebenarnya ketika kita berkomunikasi dalam menyampaikan sesuatu perkara, ada cara berpengaruh yang sangat mempengaruhi fikiran bawah sedar pendengar. Namun begitu, kuasa pengaruh ini tidak akan berguna sekiranya kita abaikan kunci utama ini, iaitu bagaimana mempengaruhi diri sendiri dahulu.

 

Dalam konteks Hipnosis atau seni komunikasi efektif bawah sedar, segala macam kuasa pengaruh itu bermula dari diri sendiri dahulu.

 

Jika komputer, kita boleh install dan uninstall semula perisian software ikut kesesuaian kita. Fikiran kita pun boleh lakukan hal yang sama cuma ia agak berbeza dan sistem pertahanannya lebih hebat. Bukan mudah untuk install sesuatu nilai baru untuk terus dapat masuk ke bawah sedar. Kerana ada 'critical area' yang menapis sama ada sesuatu nilai itu boleh diterima masuk atau tidak.

 

Sekiranya kita mahir untuk melepasi zon penapis ini dalam diri kita sendiri. Tidak mustahil, kita juga akan lebih mudah untuk memberikan nilai tambah yang baru kepada orang lain.

 

 

Bagaimana cara untuk kita dapat mempengaruhi diri sendiri? Kita boleh gunakan 6 cara ini yang disediakan dalam akronim RENCAH.

 

 

 R - Repetition / Pengulangan 

 

Seperti yang Anda sedia tahu, apa saja yang kita lakukan secara berulang akan berpotensi menjadi kebiasaan. Setuju?

 

Sebab itu juga adanya amalan yang menyarankan untuk kita lakukan secara istiqomah tanpa putus. Ia betujuan supaya ia menjadi sebati pada diri.

 

Apa kita buat secara berulang kali akan menjadi kebiasaan yang melekat, terpasak dalam diri hingga kita rasa ia susah nak diubah. Kebiasaan ini terbentuk kerana sebuah program (nilai baru) telah berjaya tertanam di wilayah fikiran bawah sedar. Disini nilai baru akan menjadi nilai kekal (kebiasaan).

 

Penting disini kita manfaatkan rutin harian yang menguntungkan / positif. Lakukan secara berulang. Mengikut kajian dari OXFORD, untuk sesuatu perkara itu dapat menjadi nilai kekal atau konsisten. Buat rutin tersebut selama 66 hari. Nilai baru akan masuk ke bawah sedar.

 

 

 E - Emotions / Energy for Action 

 

Apa sahaja perkara yang melibatkan campur tangan emosi. Maka kita akan mudah terperangkap dalam perkara tersebut. Malah, ada yang hidup dalam penjara emosi hingga tidak dapat teruskan kehidupan dengan baik. Misalnya, orang yang sedang putus cinta.

 

Terlalu banyak memori yang terpalit dengan emosi. Setiap rakaman memori yang mempunyai emosi akan membuat ia ingat setiap memori tersebut kerana adanya emosi. Suka saya kongsikan kata ini,

 

"Sebenarnya putus cinta itu tidak sakit..

Yang sakit itu putus tapi masih cinta."

 

Orang yang putus tapi masih cinta (emosi) inilah yang sukar nak 'Move-on'. Mereka hidup dimasa lalu. Sukar nak ke masa hadapan.

 

Alangkah baiknya jika kita terapkan emosi kebahagiaan dalam setiap nilai baru yang mahu kita programkan kepada diri kita. Jika masih belajar, belajarlah dengan cara yang seronok. Ia akan mempengaruhi kita untuk lebih mudah ingat.

 

 

 N - Nature / Alam Semulajadi 

 

Cerita tentang alam semulajadi, ia adalah rahsia yang banyak digunakan oleh orang berjaya. Baik dari segi aktiviti luaran mahupun amalan pemakanan dari sumber asli. Ia mempengaruhi kesihatan otak. Apabila otak sihat, tubuh ikut sihat.

 

Mulai hari ini, cubalah untuk bersenam setiap pagi dan dapatkan cahaya matahari pagi. Amalkan sarapan pagi yang menyihatkan seperti buah-buahan, telur rebus dan minuman bernutrisi seperti yang mengandungi 70% koko asli. Boleh cuba minuman ini untuk memudahkan, ia booster kepada otak Tekan Sini.

 

Riadah, bercuti dan dekatkan diri kepada alam semulajadi sangat membantu bawah sedar terbuka menerima nilai baru. Sebab itu idea baru pun senang nak dapat bila kita berada disekitar alam semulajadi serba hijau dan damai dengan adanya air disekitarnya.

 

Apa kita boleh lakukan ketika berada disekitar alam semulajadi ini? Kita bercakap-cakap pada diri, bertanya dan berbisik-bisik kepada diri sendiri. Ini rahsia program diri. Pastikan yang baik-baik sahaja. Bukan mengeluh dan meluahkan kata-kata yang merugikan / negatif.

 

 

 C - Circle / Persekitaran  (Keluarga / Kelompok)

 

Orang sukses ada circle tersendiri. Untuk kita berjaya, penting kita berada dalam kelompok atau circle yang betul. Kerana persekitaran kita adalah sumber pengaruh yang kuat dalam mempengaruhi kehidupan kita. Ramai orang sukar nak berjaya kerana persekitarannya yang tidak sama hala atau tidak menyokong.

 

Jika kita tidak mampu merubah sekitar kita untuk jadi lebih baik. Kita harus HIJRAH DIRI mencari persekitaran yang betul dalam membantu mendorong kita mencapai matlamat yang kita inginkan. Jumpa orang baru. Jumpa orang yang betul. Inilah antara rahsia orang berjaya lakukan.

 

Jadi tak salah kalau mahu ke seminar atau majlis ilmu. Disitulah kita bertemu orang yang betul.

 

 

 A - Authority / Berpengaruh 

 

Orang-orang yang dipandang atau digelar sebagai pakar, dihormati dan dikagumi adalah antara orang yang memiliki authority. Kata-kata mereka cenderung berkesan berbanding orang biasa. Setuju?

 

Antara ustaz kaya dan ustaz belum kaya. Jika yang disampaikan adalah hal yang sama yakni tentang dahsyatnya amalan sedekah. Ustaz yang mana menurut Anda akan lebih berpengaruh? Point saya disini, nilai disampaikan sama. Tapi hanya kerana elemen pengaruh saja, fikiran bawah sedar orang lain lebih cepat terbuka untuk menerima nilai tersebut.

 

Dengan ini, usah berhenti belajar dengan guru-guru terbukti berjaya. Kerana mereka ini dapat membantu kita terprogram dengan nilai-nilai menguntungkan.

 

 

 H - Hypnosis / Hipnosis 

 

Ini adalah cara paling efektif dan 9 kali ganda lebih cepat berbanding yang tadi. Hipnosis adalah cara atau kaedah bagaimana untuk menyampaikan sesuatu nilai baru 'by-pass' terus ke bawah sedar. Seni menjangkau ke bawah sedar gitu.

 

Untuk yang masih baru dan mahu manfaatkan Hipnosis untuk tujuan program diri. Disini saya sediakan panduannya. Boleh ikut langkah demi langkah. Sangat sesuai untuk para pemula Tekan sini.

 

Sama ada Anda baru atau sudah sedia tahu tentang Hipnosis. Mula amalkan kuasa Hipnosis diri sendiri atau Self Hypnosis ini sebaiknya.

 

 

Ingat 6 cara ini, ingat R.E.N.C.A.H Insya-Allah.

 

Share pengetahuan ini kepada rakan lainnya. Jumpa lagi!

 

 
 

 

01 October 2018

Kelas Online Hipnosis Kejayaan