Dapatkan 30 hari Tips & Info HipnoNiaga PERCUMA

 

Jadual Program Terkini

 

Hypnosis Certification Programme

15 & 16 September - Bangi

 

Spectacular Magnetism

27 Oktober 2018 - Johor

 

Seminar Hipnosis Kejayaan

17 November 2018 - Johor

 

Riches Master Resources (JM0631452-X)

Atasi Ketakutan Terhadap Air Dengan Hipnoterapi

Takut akan air, akhirnya menikmati buaian ombak laut dengan gembira.

 

Ini #SuccessStory seorang Hipnotis dari #HypnoticWorks yang akhirnya menjadi Instructor Hipnosis di #HypnovengerAcademy.

 

 

Awal bermula di program #SpectacularHypnotism anjuran Hypnotic Works di Pasir Gudang, Johor.

 

Program latihan hipnosis ini 3 kali sesi. Untuk terima tauliah sebagai Hipnotis, harus selesai 3 sesi.

 

Puan Faridatul hadir diri. Atas kerana ajakan suami untuk meneman dan menyokong suami. Tidak pernah kenal apa itu Hipnosis sebelumnya.

 

Dari sesi 1 sampai ke sesi 3. Beliau akhirnya pelajari pelbagai perkara dan manfaat Hipnosis. Akur akan kesan yang beliau sendiri lalui.

 

Awalnya takut jika dihipnosis. Banyak perkara bermain difikiran tentang Hipnosis. Namun akhirnya beliau menikmati. Sudah mahir melakukan Hipnosis dan Hipnoterapi. Sudah boleh menyusun kata dan membina skrip Hipnosis mengikut apa yang dipelajari dalam bengkel.

 

 

(Gambar ketika penilaian keterampilan beliau dalam melakukan Hipnoterapi kepada suaminya)

 

 

Sehinggalah beliau dan suami tekad untuk sertai diri ke program mastery bersama Hypnovengers.

 

Disini buat beliau sedikit susah untuk buat keputusan kerana ada unsur air dalam program itu.

 

Yelah, program diadakan ditepi laut. Kena pula dalam tentatif program ada aktiviti yang akan membabitkan peserta berada di dalam air.

 

Buat jantung berdegub kencang. Buat diri rasa tak selesa dan risau. Rupanya beliau takut dan tidak suka akan air seperti kolam atau pantai. Kerana pernah lalui pengalaman yang tidak menyenangkan ketika di air.

 

Masa berjalan. Mahu atau tidak, beliau dan suami tekad untuk hadir diri. Upgrade kemahiran dan ilmu.

 

Akhirnya tiba masa di program Mastery dan Instructor. Kejadian ini buat saya bahagia, kerana lihat sebuah keadaan dimana beliau tersenyum gembira sambil dibuai alunan ombak lautan.

 

Aneh. Tapi itu tidak mustahil. Ikhtiar hipnoterapi secara langsung membantu dirinya sendiri.

 

Bayangkan, orang yang ada ketakutan pada air diminta pejamkan mata dan ketika ia buka mata.. ia sudah ada hampir ditengah pantai, didalam air menghadap lautan yang luas!

 

Hambatan dan ketakutan sebelum ini pecah. Dapat diatasinya dengan mudah. Gembira. Rakan semua teruja dan turut bahagia sama. Indah.

 

(Ketika ini Puan Faridatul sedang jalani terapi Hipnosis yang dibimbing oleh tim kami, Master Irfandi)

 

 

Alhamdulillah. Memori yang disulamkan emosi kebahagiaan ini akan segar dan kekal dipahat dalam log kisah kejayaan sang Hipnotis.

 

Insya-Allah.

 

Nak baca kisah hebat lainnya? Teruskan mengikuti perkembangan kami.

 
 
12 September 2018

Kelas Online Hipnosis Kejayaan