Dapatkan 30 hari Tips & Info HipnoNiaga PERCUMA

 

Jadual Program Terkini

 

Hypnosis Certification Programme

15 & 16 September - Bangi

 

Spectacular Magnetism

27 Oktober 2018 - Johor

 

Seminar Hipnosis Kejayaan

17 November 2018 - Johor

 

Riches Master Resources (JM0631452-X)

Dalam Diam Hipnosis Diri

Satu ketika dulu.. saya pernah hilang arah. Kecewa, sedih, hampa itu kawan rapat. Sampai mahu bunuh diri. Terasa putus asa hidup. Syukur, hajat itu batal total. Mungkin.. anda juga sama pernah laluinya.

 

Hidup diteruskan. Berkali terduduk. Sendiri. Sunyi ketika susah, orang menyepi.

 

"Kenapa aku begini?" kata ulang zikir harian diri.

 

Bangkit usaha buat sesuatu yang baru. Tekan diri sampai akhirnya diri penat lagi. Sakit. Tangisan jantan membasahi diri.

 

Akhirnya kembali ke hamparan sejadah. Merayu kepada yang Maha Kuasa. Lagi dan lagi. Hati lega, tenang. Ambil masa berjalan ke satu tempat yang mendamaikan.

 

Termenung seketika.. terkenang kesakitan lama. Sampai masa rasa seperti terhenti seketika. Tekad dibulatkan, fokus dihalakan ke hadapan.

 

"Macam mana hidup aku boleh lebih baik lagi daripada sekarang?" kata diucap berkali. Tak lama diri sendiri menjawab..

 

Entah macam mana aku mula ambil buku. Duduk sendiri tanya dan jawab pada diri. Ditulis, dilakar apa yang di inginkan untuk hari kedepan ini.

 

Diri terpujuk, mampu senyum melihat masa lalu. Terasa lebih kuat. Tak nampak halangan sebagai halangan. Mula buat dan buat. Diri melanggar ketakutan dan halangan yang bermain difikiran. Jalan terus, usaha terus.

 

Sampai seperti mimpi.. doa-doa lalu dan apa ditulis, disetkan menjadi nyata. Sangat teruja dan bersyukur.

 

...

 

Pasti anda pernah lalui saat getir dalam menjalani liku hidup. Besar impian, besar ujiannya. Pasti teruji sehingga limit akhir dan waktu itu berhenti mencuba. Berhenti segalanya seketika.

 

Dan anda mula beri masa pada diri. Muhasabah diri. Berdiam sekejap. Sendiri.

 

Mungkin menangis geram kecewa, kemudian diam rasa sudah penat menangis dan emosi mula ingin ubah hidup hari ini juga! Waktu itu terasa tekad bulat.

 

Kemudian keluar kata-kata yang menyatu, padu, hebat dan entah bagaimana masa itu berlalu dengan langkah-langkah yang lebih teratur dan indah. Sehingga bagai mimpi, hari ini rupanya sudah berjaya capai apa dihajatkan.

 

Pernah?

 

...

 

Ketika mula terdiam, diam, sendiri.. beri masa pada diri. Fokus pada diri. Meletakkan diri pada keadaan yang aman. Khusyuk pada doa dan ibadah. Dan ketika itu juga difikiran dan jiwa mula setuju memperbaiki diri, mula menyatu dengan skrip luarbiasa.

 

Itulah Hipnosis Diri. Sesi memprogram diri. Orang putih kata Self Programming.

 

Saranan hebat mula masuk ke bawah sedar. Jiwa. Otak. Sehingga ke sel tubuh. Mendorong tindakan dan sikap yang sesuai dengan apa dihajatkan. Sehingga hajat itu menjadi dan menghasilkan realiti.

 

Subhanallah. Alhamdulillah.

 

Hai, saya Shahrain Remeli @ Master Rey. Senyum, sabar dan syukur selalu. Jumpa lagi! 

 

 

 
 
05 June 2018

Kelas Online Hipnosis Kejayaan