Dapatkan 30 hari Tips & Info HipnoNiaga PERCUMA

 

Jadual Program Terkini

 

Hypnosis Certification Programme

15 & 16 September - Bangi

 

Spectacular Magnetism

27 Oktober 2018 - Johor

 

Seminar Hipnosis Kejayaan

17 November 2018 - Johor

 

Riches Master Resources (JM0631452-X)

Minda Bawah Sedar

Mengikut pakar Otak, bahagian otak 'Cerebellum' adalah pusat Minda bawah sedar (MBS) manusia. Keupayaannya dalam menghasilkan tindakan dan sikap tidak dapat dinafikan. Hampir semua manusia memiliki dan memanfaatkannya secara tanpa sedar. Ya, MBS adalah jentera pengeluar sikap dan tindakan.

 

MBS memiliki 88% potensi dalam mempengaruhi kehidupan seharian kita berbanding Minda Sedar. Operasinya juga sungguh luar biasa. Jika minda sedar mempunyai batasannya, MBS pula berkeupayaan lebih daripada itu. 



 

 

MBS secara semulajadi berfungsi mengendalikan hampir kesemua aktiviti organ dalaman kita termasuk aktiviti luaran tindak tanduk tubuh kita. Otak dan tubuh itu salah berhubung.

 

Ia juga dikenali sebagai Minda Segar. Apa yang dilakukan oleh minda bawah sedar kebanyakannya tidak kita sedari, namun ia tetap menjalankan aktivitinya.

 

Fikiran yang terikat dengan logik atau penggunaan Intelektual pemikiran kiri (IQ) adalah kekuatan minda sedar. Manakala fikiran yang secara kreatif, cepat, solusi, imaginasi dan yang berkaitan dengan pemikiran kanan (EQ) emosi atau perasaan adalah keadaan MBS.

 

 

Sistem kepercayaan dan penyimpanan data kekal terletak pada kesedaran MBS. Malah, ia merakamkan setiap sesuatu dalam kehidupan kita secara tanpa sedar.

 

Mahu Tahu Apa Yang Penting Tentang Bawah Sedar Kita?

 

Secara mudah seperti yang saya jelaskan awal tadi, MBS adalah penjana kuasa atau jentera pengeluar sikap dan tindakan. Adakah kita mempunyai pelbagai sikap dan pelbagai cara dalam melakukan sesuatu?

 

Sebagai contoh;

 

Bagaimana menurut anda, cara untuk capai sukses dalam kehidupan? Rata-rata orang menjawab โ€œUsahaโ€.

 

Tapi.. bila diajukan soalan, โ€œApa yang kamu faham tentang usaha? Usaha yang macam mana mengikut pandangan kamu?โ€

 

Keluarlah data program MBS yang dimiliki dengan pelbagai pernyataan atau penjelasan tentang caranya..

 

โ€œSaya perlu kerja lebih masa.โ€

โ€œCari duit tepi dengan berniaga.โ€

 

Dan macam-macam lagi penjelasan.

 

Tahukah pembaca sekalian, penjelasan yang terpacul keluar itu adalah berdasarkan data yang sudah ada dalam MBSnya dan telah tertanam menjadi sebuah kepercayaan.

 

Itu juga menjelaskan tahap pengetahuan seseorang dan begitulah tindakan yang akan ia lakukan bagi mencapai matlamatnya.

 

Adakah dengan usaha berdasarkan pengetahuan seperti tadi itu cukup untuk sukses?

 

Jawapannya โ€˜Tidak!โ€™.

 

Solusinya adalah, kita perlu naik taraf diri kita dengan ilmu pengetahuan. Daripada ilmu atau data itulah, sikap dan tindakan kita berubah menjadi yang lebih baik atau sebaliknya.

 

Kerana kita tetap terikat dengan yang namanya PILIHAN. Sebab itulah ada manusia yang berbuat baik dan ada pula sebaliknya. Bergantung kepada apa yang dicerap oleh MBSnya.

 

 

Ini adalah perkara yang penting diketahui..

 

MBS itu dipengaruhi setiap masa oleh keadaan sekeliling kita. Dipengaruhi dengan pelbagai informasi walaupun kita tidak fokus pada perkara tersebut.

 

Jika tadi kita telah memahami bahawa MBS menjana kuasa tindakan dan sikap. Bermakna, apa yang masuk ke MBS akan diproses menjadi tindakan dan sikap.

 

DATA (INPUT) > BAWAH SEDAR = TINDAKAN/SIKAP (HASIL)

 

 

 

 

Apa Yang Mempengaruhi Bawah Sedar?

 

  • Kata-kata

    โ€“ tidak kira baik atau sebaliknya. Kita yang berkata-kata atau sekadar mendengar kata-kata orang lain. MBS tidak ada masa mempersoalkan sesuatu yang kita berikan kepadanya. Ia bersifat lurus. Kerjanya buat dan buat saja. Setelah ia menerima sebuah informasi, proses selanjutnya akan berlaku iaitu menukarkannya kepada tindakan atau sikap. Bukankah kata-kata itu DOA?

 

  • Penglihatan / Pendengaran

    โ€“ Indra utama ini mampu menghantarkan data masuk terus ke MBS secara tanpa kita sedar.

 

  • Perilaku

    โ€“ tidak kira sama ada perilaku kita, orang sekeliling kita atau di kaca televisyen sekalipun. Data tentang perilaku itu mampu masuk ke MBS dan diproses menjadi sebahagian daripada diri kita. Secara tidak sedar ketika kita terlihat sesuatu perbuatan buruk oleh orang lain.. akhirnya kita ada perilaku tersebut pula!

 

  • Sangkaan

    โ€“ jangan suka bersangka yang negatif. Kerana ia mempengaruhi MBS. Setiap sangkaan buruk kita pasti mempengaruhi sikap dan tindakan kita.

 

  • Self Talk

    โ€“ bercakap dengan diri sendiri. Bisikan negatif dalam diri. Setiap hari kita berbual-bual sendirian. Bercakap-cakap pada diri. Perkara ini adalah perbuatan Self Hypnosis atau memprogramkan diri sendiri.

 

 

 

โ€œImaginasi itu lebih penting daripada pengetahuanโ€
โ€“ Albert einstein

 

Mengapakah beliau mengatakan imaginasi lebih penting daripada pengetahuan?

 

Imaginasi mempengaruhi MBS. Ketika kita dalam keadaan bawah sedar, operasi otak untuk solusi mula aktif dan indra tambahan dalam diri kita dibangkitkan.

 

MBS mencerap imaginasi kita dan memprosesnya kepada perasaan, tindakan serta sikap bagi menjadikannya sebuah kenyataan.

 

Namun, ramai yang salah faham. Mereka fikir dengan hanya berimaginasi boleh mendatangkan apa yang di impikan secara magik!

 

Saya jelaskan bagaimana prosesnya berlaku. Jika tadi MBS mencerap imaginasi kita. Maka, secara automatik sikap serta tindakan kita dilahirkan. Bagi mencapai tujuan kita, tindakan atau sikap yang dilahirkan adalah menuju kepada PROSES melengkapkan informasi agar terwujudlah apa yang kita imaginasikan.

 

Sebagai contoh mudah, ini proses secara logiknya;

 

Kita ingin bina sebuah bangunan. Fikirkan, imaginasikan sebuah bangunan yang kita inginkan. Bawah sedar akan melahirkan tindakan dan sikap kita agar melengkapkan diri dengan sumber atau pengetahuan bagi membina bangunan itu secara kita tidak sedar.

 

Setelah bangunan itu diproses bina, baru kita tersedar bahawa kita pernah berangan-angan dan memikirkan tentang bangunan itu sebelum ini.

 

Atau, apa yang kita imaginasikan akan diproses menjadi tindakan yakni melukis atau melakarkannya. Setelah melakarkannya, proses lanjutan akan berlaku sehinggalah ia menjadi realiti.

 

Memetik kata guru hipnosis yang sesuai dengan perkongsian kali ini,

 

"Rahsia kekuatan fikiran bawah sedar. Terletaknya kebijaksanaan, kekuatan, persediaan untuk keperluan diri yang tidak terbatas. Dengan izinnya mampu meraih sukses, kesihatan & kebahagiaan. Hanya menanti untuk dibangkitkan dan diugkapkan."

 

Berminat mempelajari Rahsia Kuasa Minda Bawah? Boleh ikuti kelas online atau bengkel #SpectacularHypnotism - Tanya kami disini 011 1679 9000

 

 

 
 
03 June 2018

Kelas Online Hipnosis Kejayaan