Dapatkan 30 hari Tips & Info HipnoNiaga PERCUMA

 

Jadual Program Terkini

 

Hypnosis Certification Programme

15 & 16 September - Bangi

 

Spectacular Magnetism

27 Oktober 2018 - Johor

 

Seminar Hipnosis Kejayaan

17 November 2018 - Johor

 

Riches Master Resources (JM0631452-X)

Perkataan Umpama Panah Beracun

Perkataan umpama Panah beracun..

 

"Perkataan yang keluar dari mulut seseorang kepada kita ibarat Panah beracun.." ini pelajaran mahal yang saya peroleh dari guru saya satu masa dahulu, ketika menekuni dunia Hipnosis.

 

Misi mencari kunci-kunci rahsia yang tidak sempat disampaikan oleh orang berjaya diteruskan.

 

 

Setiap kali kita berkomunikasi dengan siapa pun, mereka semua sedang memanah jiwa kita. Beri kesan sentap, terasa, terguris kecewa atau mungkin kesan mendorong kita untuk terus melakukan kebaikan bukan berputus asa.

 

Jika perkataan yang keluar dari mereka itu diumpamakan sebagai panah yang beracun, penting untuk kita sedar bagaimana menepis dan membenteng diri supaya tidak terpanah dengan panahan racun yang membinasakan atau merugikan hidup.

 

Cukup terima, serah diri untuk dipanah dengan panahan yang mengalirkan kebaikan serta keuntungan hingga ke dalam darah kita. Menjadi sebati hingga mempengaruhi tindakan kita untuk melakukan perkara yang bermanfaat.

 

Cuma.. lebih ramai yang rebah akibat terpanah dengan panahan yang merugikan. Kerana belum mempunyai ilmu dan cara untuk bagaimana mempertahankan diri.

 

Sebelum tahu mengelak, menepis atau membenteng diri. Ada perkara lebih penting lagi..

 

Iaitu memilih siapa yang pemanahnya yang hampir setiap hari kita temui atau bersama. Pemanah handal banyak disekitar kita. Antaranya adalah rakan kita.

 

Pilih-pilihlah siapa rakan kita, siapa sahabat kita, siapa ikutan kita. Siapa yang sering kita habiskan masa bersama juga menentukan siapa diri kita.

 

Mungkin sukar untuk mengubah pemanah terdekat untuk memanah dengan panahan kebaikan. Sebelum sibuk kita mahu mengubah para pemanah, adalah yang sebaiknya kita belajar mengubah, merubah diri kita sendiri.

 

Kerana dari diri sendiri juga akan terbit kuasa pengaruh tersendiri yang akhirnya mendorong mereka yang terdekat untuk ikut sama. Inilah fenomena Hipnosis yang biasa berlaku dalam kehidupan.

 

Kita saling mempengaruhi sesama sendiri melalui komunikasi verbal. Nanti saya sambung tentang komunikasi non-verbal, bagaimana ia sangat mempengaruhi fikiran bawah sedar ramai orang. Lebih berpengaruh dari komunikasi verbal.

 

 

InsyaAllah.

 

 
 

 

 

24 September 2018

Kelas Online Hipnosis Kejayaan