Dapatkan 30 hari Tips & Info HipnoNiaga PERCUMA

 

Jadual Program Terkini

 

Hypnosis Certification Programme

15 & 16 September - Bangi

 

Spectacular Magnetism

27 Oktober 2018 - Johor

 

Seminar Hipnosis Kejayaan

17 November 2018 - Johor

 

Riches Master Resources (JM0631452-X)

Dari 'IT PROGRAMMER' Kini Seorang Hipnotis

Perkongsian dari,

Cikpuan Izwah Saaiddutdin

 

Bila saya ke program hipnosis, orang tanya saya, “Kerja sebagai apa ye?”

 

“IT, programmer.”

 

Confuse muka masing-masing. “Macamana boleh terjebak dengan hipnosis ni?”

 

Dalam hati, ‘Hihi, pelik sangat ke orang IT belajar hipnosis?’

 

Hmm... sampai satu tahap dalam hidup ni kita akan tercari-cari satu benda yang kita boleh lakukan untuk jadi insan lebih baik. To be outstanding, to inspire dan beri manfaat kepada ummah.

 

Dalam saya cuba mencari “sesuatu” itu, saya tak temui jawapannya. Malah percubaan demi percubaan akhirnya buat saya give up.

 

Saya mula rasa memang takdir saya jadi IT programmer sampai ke tua. Saya lihat orang boleh jadi positif, macam senang je nak ubah mindset. Namun ia susah benar bagi saya.

 

Saya pernah baca buku-buku motivasi tulisan Dr HM Tuah Iskandar, buku pertama yang mengajar saya tentang minda bawah sedar, kuasa imaginasi.

 

Saya cuba untuk ikuti dengan harapan lebih positif, lebih yakin diri untuk cuba sesuatu yang baru.

 

Namun seolah ada sesuatu yang sukar untuk saya turuti. Saya tercari-cari rahsianya tentang minda bawah sedar ini. Ia membawa saya temui ilmu NLP dan hipnosis.

 

Menariknya saya terjumpa buku tentang hipnosis dan ada selitan gambar subjek sedang ditidurkan. ‘Powernya, macamana boleh jadi macam tu ye?’

 

Hati meruntun nak belajar, nak tahu rahsianya. Yeah... Alhamdulillah Allah makbulkan impian saya tahun 2015.

 

Barulah saya tahu rahsia minda bawah sedar, iaitu adanya ketepatan masa untuk akses ke minda bawah sedar. Dan tak semua orang mudah untuk ‘masuk’ ke zon ketepatan masa untuk diprogramkan.

 

Tak tepat masa “gerbang” minda bawah sedar terbuka, tak masuklah program baru yang hendak diubah pada diri, pada fikiran. Duduklah kita di fikiran yang sama.

 

Hipnosis itu aplikasinya, yang membuka gerbang minda bawah sedar. Dah belajar hipnosis, baru tahu masa yang tepat untuk install program baru untuk bentuk diri dan fikiran yang baru.

 

Ia ilmu untuk pengaruh diri sendiri dan orang lain yang berfikiran waras untuk upgrade diri, kawal emosi dan urus stress. Paling best baru faham hikmah Allah perintahkan solat, kenapa perlu solat dengan sabar dan khusyuk, kenapa perlu berwuduk sebelum solat dan hikmah ibadah lain.

 

Ilmu mahal yang tak diajar di sekolah, namun berbaloi untuk pelaburan seumur hidup.

 

Ada rezeki, belajarlah. Info program di www.hypnovengers.com/ihp.

 

Oh ya, ada kupon diskaun (tamat pada 9/9) buat yang serius nak sertai.

 

 

 

 
05 September 2018

Kelas Online Hipnosis Kejayaan