Dapatkan 30 hari Tips & Info HipnoNiaga PERCUMA

 

Jadual Program Terkini

 

Hypnosis Certification Programme

15 & 16 September - Bangi

 

Spectacular Magnetism

27 Oktober 2018 - Johor

 

Seminar Hipnosis Kejayaan

17 November 2018 - Johor

 

Riches Master Resources (JM0631452-X)

4 Petanda Diri Berjaya Akses Keadaan Hipnosis Melalui RASA

Setelah kita manfaatkan 6 RENCAH alami dalam mendorong diri (boleh rujuk perkongsian saya sebelum disini).

 

Sampai masa untuk kita ketahui apakah rasa atau kesannya. senang cerita apa petanda bahawa kita berada betul pada keadaan yang membolehkan diri diprogramkan.

 

Disini adalah rasa yang penting, sebagai signal atau tanda dalam memastikan diri kita sudah berjaya menikmati keadaan hipnosis, dirangkumkan dalam akronim R.A.S.A​​​​​

 

 

 

 

R elax, Ringan

 

Ketika merasakan diri lebih relax, fikiran dan tubuh ringan. Ketika itulah diri lebih terbuka dalam menerima apa yang mahu kita programkan.

 

Selalunya akan merasakan hal ini ketika melakukan perkara berikut,

 

 

A turan nafas perlahan dan santai

 

Perhatikan, nafas agak perlahan dan santai. Ketika nafas kita perlahan dan santai, keadaan kita menjadi lebih relax dan ringan.

 

Aktiviti nafas adalah kerja-kerja fikiran bawah sedar yang secara alami kita tidak sedari. Bagus jika kita sedar untuk bernafas dengan cara yang betul supaya mudah akses kepada keadaan Hipnosis. Pernafasan yang betul dapat membawa oksigen naik ke otak dengan baik.

 

Dalam program online melalui aplikasi telegram #HipnosisKejayaan, perkongsian latihan-latihan untuk memprogramkan diri diberikan. Dengan sekali akses sebagai ahli, kita dapat menikmati perkongsian kelas semasa secara berpanjangan.

 

Kongsikan info ini kepada rakan lainnya juga, mudah-mudahan peroleh manfaat. Tekan saja disini untuk info : Program Online Telegram

 

 

S egar seperti baru bangun tidur

 

Menariknya lagi, tanda kita sudah berada pada kedaaan Hipnosis adalah merasakan kesegaran fikiran dan emosi seperti baru saja bangun dari tidur.

 

Bagaimana mahu mencapai keadaan segar ini adalah dengan berada disamping alam atau dalam perkongsian 6 RENCAH yang lalu, Nature.

 

Aroma semulajadi alam mendorong rasa segar pada pernafasan hingga akhirnya mempengaruhi fikiran.

 

Jika dirumah, bolehlah gunakan aromaterapi, hiasan aliran air, humidifier atau air moisturizer. Mandi pun antara aktiviti yang mendorong diri kepada kesegaran, terutama jika mandi disungai, pantai atau air terjun.

 

 

A attention-centered atau perhatian menjadi terpusat serta lebih fokus

 

Bukan itu saja, apabila merasakan daya fokus atau perhatian kita terfokus pada satu perkara hingga mengabaikan hal lain disekitar. Itu juga penanda bahawa diri sudah berada pada keadaan Hipnosis.

 

Hal ini  banyak berlaku secara tanpa kita sedar seperti sedang asyik menonton tv atau melihat gadget sampai terabai perkara sekeliling. Disitu kita telah pun akses keadaan Hipnosis yang mana jika pada saat itu ada informasi yang disuap ke bawah sedar, maka ia akan menjadi nilai kekal kepada diri dan kehidupan.

 

Itu yang akhirnya ketagihan, ada kebiasaan baru yang susah nak dibuang, perilaku atau cara bertindak mula terpengaruh kepada perkara sesuai dengan apa difokuskan tadi.

 

Antara contoh lain apabila duduk bersama rakan atau keluarga dan asyik bersembang. Kena pula topik yang disukai. Maka masa berlalu tanpa disedari. Ini adalah fenomena atau petanda telah pun alami keadaan Hipnosis, cuma belum sedar lagi.

 

Jadi, lepas ini bila lepak bersembang, pastikan apa diperbualkan adalah yang berkaitan perkara bermanfaat dan menguntungkan.

 

 

 
 
08 November 2018

Kelas Online Hipnosis Kejayaan